AHLI KUMPULAN:AHMAD DZULQARNAIN IMAN BIN.BAKAR
:SYIFA BINTI.ZAKARIA
:SITI NOR BALQIS BINTI.ZAKARIA
MAKSUD MAKANAN HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM
- Makanan halal ialah makanan yang dibenarkan oleh syarak
- Makanan haram pula ialah makanan yang dilarang oleh syarak.
- Kita dilarang makan,menjual dan membeli makanan yang haram.
CIRI-CIRI MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM
Ciri-Ciri Makanan yang Halal
- Tiada dalil yang mengharamkannya
- Bersih dan tidak memudaratkan
- Binatang yang halal dan disembelih
- Tumbuhan yang tidak beracun
FIKIR BERSAMA,HALAL ATAU TIDAK????
Ciri-Ciri Makanan Yang Haram
- Binatang halal yang disembelih tanpa menyebut nama Allah S.W.T
- Semua jenis bangkai,khinzir,anjing dan keturunan daripadanya.
- Makanan yang beracun dan memudaratkan.
- Memakan harta anak yatim dengan cara terlarang.
😔KESAN MAKAN MAKANAN HARAM
- Hidayah Allah sukar diterima
- Akal dan badan rosak
- Ibadah tidak diterima oleh Allah
- Sukar menerima dan menghafaz pelajaran
- Sentiasa berada dalam keluh kesah
- Terdorong melakukan kejahatan
- Mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T
- Dapat menyihatkan tubuh badan dan akal.
- Memperoleh hidayah daripada Allah S.W.T.
- Mudah menerima dan menghafaz pelajaran
- Doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
- Mendapat kemanisan dalam beribadat.
- - Tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (arak)
- - Tidak bersumberkan darah haiwan
- - Bukan berasaskan sumber daripada manusia
- - Tidak mengandungi khinzir dan derivatifnya
- - Tidak bersumberkan bangkai atau tidak disembelih
SISTEM ISLAM
|
SISTEM KONVENSIONAL
|
Menitik beratkan aspek halal daripada penyediaan lagi
|
Tidak mengambil berat tentang aspek halal
|
Daging diyakini kerana mengikut proses sembelihan yang mengikut syariat
|
Daging mengandungi unsur-unsur syubhah
|
Tidak mencampurkan makanan yang haram dan halal
|
Menggabungkan makanan yang halal dan haram bersama
|
Memperkenalkan makanan yang bersih dan bebas daripada
|
Memperkenalkan makanan yang tidak menyihatkan dan mengandungi racun
|
MAKANAN-MAKANAN SUNNAH
Makanan sunnah merupakan makanan yang dianjurkan kepada kita oleh Nabi Muhammad agar
dijadikan sebagai makanan harian. Antara contoh-contoh makan sunnah adalah air zam-zam,kurma,buah zaitun dan lain-lain lagi. Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah diperolehi daripada laman web :http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah/
- menyihatkan badan
- menjadikan hidup lebih bahagia
- membersihkan jiwa
- mendapat keredaan Allah
- pengamalan sunnah nabi
Kesimpulan
Kesimpulannya kita mestilah sentiasa mengamalkan sistem islam dalam kehidupan kita agar kehidupan menjadi lebih berkat. Sesungguhnya penghayatan cara hidup islam itu akan menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih baik. Oleh itu, kita mestilah memastikan bahawa pemakanan kita itu halal,bersih dan terhindar daripada sebarang syubhah.